Saturday, July 10, 2010

Definasi Perniagaan - Defination of Business

Apakah definasi perniagaan yang sebenarnya? Ramai orang berniaga tidak memahami erti perniagaan sebenarnya. Mereka hanyalah terlibat dalam proses jual-beli, tetapi bukanlah perniagaan dalam ertikata yang sebenarnya. Malah, ramai usahawan sebenarnya tidak mempunyai perniagaan, tetapi hanyalah mempunyai pekerjaan (not a business, but a job).

Dalam sistem ActionCOACH, definasi perniagaan yang sebenarnya:

Sebuah: 1) Perusahaan yang Komersial, 2) Menguntungkan, dan 3) Berfungsi dengan Baik, 4) Walupun Tanpa Kehadiran

(A business is a Commecial, Profitable Enteprise that Works, Without the Me (the Owner)!)

Pastikan anda mempunyai definasi perniagaan yang sebenarnya sebelum anda memulakan atau meneruskan perniagaan anda.

Wassalam
Coach Lizam Karim

Action Coach's Six Step to Better Business


Kebanyakan usahawan yang saya temui tidak mempunyai asas dalam perniagaan. Walaupun sudah 10 tahun berniaga, mereka sebenarnya tidak mempunyai 10 pengalaman berniaga, tetapi mempunyai 1 tahun pengalaman yang diulang 10 kali. Hasil yang didapati dari setahun ke setahun adalah sama, malah menurun bila sampai satu peringkat. Mesin akan menjadi uzur menyebabkan produktiviti dan kualiti produk menurun, pelanggan pergi ke tempat lain kerana servis yang diberi tidak bagus, keuntungan menjadi susut kerana terpaksa bersaing atas dasar harga bagi menarik pelanggan, dan lain-lain cabaran lagi.

ActionCOACH Business Coaching memperkenalkan sistem '6 Steps' sebagai asas untuk usahawan membina perniagaan mereka. Dalam siri Bimbingan atau Coaching saya bersama usahawan, saya akan membawa usahawan dari satu 'step' ke 'step' yang seterusnya sehingga mereka mencapai tahap yang tertinggi. Dalam siri penulisan saya seterusnya, saya akan menghuraikan satu per satu apakah 6 Langkah atau '6 Steps' berkenaan. Sebagai permulaan, cukup dengan gambarajah ilustrasi apakah elemen dalam '6 Steps' ini.

Saya juga banyak menghuraikan tentang '6-Steps' ini dalam seminar ringkas yang saya anjurkan bersama banyak badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti DPMM, MARA, ICU, PERDA, KTPC, TPM, dan banyak lagi.

Wassalam
Coach Lizam Karim
Nota: 6 Steps to Better Business adalah sebahagian dari harta intelek sistem ActionCOACH Business Coaching.



Sunday, July 4, 2010

Tingkat Keusahawanan


Semua Usahawan bukanlah berada pada tingkat yang sama. Malah, bagi saya, perkataan 'Usahawan' bukanlah boleh digunakan oleh semua orang. Dalam sistem Business Coaching ActionCOACH, ada 6 Tingkat Keusahawanan yang perlu dilalui oleh seseorang yang berhasrat untuj menjadi Usahawan.

Tingkat 1: Pekerja (Employee)
Kebanyakan usahawan bermula sebagai seorang pekerja. Ada 2 sebab mengapa Usahawan perlu bermula sebagai seorang pekerja. Sebab yang pertama ialah untuk mengumpul dana atau kapital. Sebab yang kedua ialah untuk menjadi Aprentis atau belajar. Usahawan yang berjaya akan menggunakan peluang sebagai pekerja sebaik mungkin, belajar tentang pengurusan, pembinaan sistem, interaksi dengan orang lain, dan banyak lagi pembelajaran yang boleh didapati, selain dari belajar tentang perniagaan itu sendiri.

Tingkat 2: Bekerja Sendiri (Self Employed)
Usahawan bermula dengan pekerja pertama, iaitu dirinya sendiri. Pada peringkat ini, Usahawan terpaksa mengurus dan bertanggunjawab ke atas semua perkara, dari pemasaran dan penjualan, pengurusan kewangan, melayan pelanggan, pembuatan, dan sebagainya. Tanpa kerja, maka tiadalah hasil. Kebanyakan Usahawan gagal pada peringkat ini kerana cabaran yang perlu dilalui amatlah perit.

Tingkat 3: Pengurus (Manager)
Setelah beberapa lama, perniagaan pun sudah menunjukkan hasil dan keuntungan, Usahawan mula mencari pekerja untuk membantu dan mengambil alih sebahagian tugasan yang dipikul oleh usahawan berkenaan. Pada peringkat ini, Usahawan perlu menumpukan perhatian kepada pembinaan sistem asas agar pemantauan ke atas pekerja dapat dilakukan.

Tingkat 4: Pemilik Perniagaan (Business Owner)
Apabila perniagaan sudah berkembang, Usahawan sudah mempunyai beberapa cawangan, Usahawan sudah mampu untuk mendapatkan seorang pekerja yang diberi gaji sebagai Pengurus untuk mentadbir dan menguruskan perniagaan secara amnya. Tugas Usahawan pada masa ini ialah memantau perjalanan perniagaan dengan menggunakan KPI-KPI tertentu. Usahawan tidak perlu berada dalam perniagaan, tetapi fokus kepada perancangan dan pembesaran perniagaan.

Tingkat 5: Pelabur (Investor)
Setelah mempunyai beberapa cawangan, Usahawan sudah memperolehi keuntungan dan 'passive income' dari perniagaan. Usahawan, sebagai pelabur, akan mencari peluang-peluang dimana beliau boleh melaburkan hasil keuntungan dari perniagaan kepada peluang-peluang yang lain.

Tingkat 6: Usahawan (Entrepreneur)
Ini adalah Usahawan yang sebenarnya. Mereka mempunyai pemahaman yang mendalam tentang perniagaan dan mereka boleh menceburi apa saja bidang perniagaan dan boleh berjaya dengan cemerlang. Mereka mempunyai 'sentuhan ajaib' dan boleh mewujudkan peluang, bukan lagi mencari peluang. Usahawan pada tingkat ini mempunyai minda yang kuat dan boelh bersaing dengan sesiapa saja, di mana sahaja.

Persoalannya, di Tingkat Manakah kedudukan kita sebagai seorang 'Usahawan'?

Coach Lizam
Nota: 6 Tingkat Keusahawan adalah sebahagian dari material ActionCOACH Business Coaching.

Fokus, Fokus, Fokus!

Banyak usahawan yang saya jumpa mempunyai banyak idea untuk berniaga. Mereka mencuba berbagai perkara, malangnya kebanyakan darinya kurang atau tidak berjaya. Bila saya tanya, apa yang mereka ingin buat sebenarnya, mereka gagal memberikan jawapan yang tepat. Pemikiran mereka lebih kepada, "cuba apa-apa saja".

Dari perbualan saya, jelas mereka tidak mempunyai satu fokus tentang apa yang mereka cuba lakukan. Tidak salah mencuba apa saja, tapi kita kenalah fokus kepada satu dua perkara yang kita rasa boleh mendatangkan hasil. Dengan kita menumpukan kepada satu-satu idea pada satu masa, kita boleh membuat perancangan yang lebih baik serta sasaran yang lebih jelas dan dari situ, dapat mempastikan hasil yang kita harapkan.

Kata orang tua-tua, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Buat keputusan untuk fokus kepada sesuatu perkara, rancang dengan baik, dan ambil tindakan berdasarkan perancangan kita. Pokoknya, fokus, fokus, fokus.

Coach Lizam

Tuesday, June 8, 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Saya. Blog ini saya tujukan khas kepada Usahawan-usahawan terutamanya Usahawan Kecil dan Sederhana serta Usahawan Mikro. Objektif saya ialah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya dapati dari penglibatan saya sebagai Business Coach atau Pembimbing Perniagaan dari ActionCOACH.

Selama 2 tahun saya dalam bidang ini, saya telah melihat berbagai jenis perniagaan, berbagai ragam usahawan. Banyak yang telah dan 'sedang' gagal. Malah ada yang telah banyak 'give up' tetapi terpaksa terus berniaga untuk meneruskan kehidupan. Namun demikian, ada yang tidak mahu mengaku kalah dan terus mencuba untuk berjaya. Untuk mereka ini saya ucapkan Tahniah!

Apa yang saya lihat, kebanyakan dari Usahawan, khususnya kaum Bumiputera, gagal kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dalam perniagaan serta tidak mempunyai dorongan dan motivasi yang kuat. Alahamdulillah, sebagai Coach, saya telah berjaya membuka minda sebahagian dari usahawan yang saya jumpa.

Saya harap saya dapat memberikan beberapa tips dan bimbingan kepada Usahawan lain melalui blog Biz Talk saya ini. Kebanyakan penulisan saya ini adalah berdasarkan kepada sistem ActionCOACH dan juga pengalaman saya bersama-sama Usahawan.

Coach Lizam